Program KBD (Tayangan Video Maklumat), Advokasi (Tayangan Video E-Waste) Dan Pengenalan Kepada Komputer Sempena Lawatan Sambil Belajar Tabika Kemas Tanjung Manis B
19 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2017 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak dan Advokasi sempena lawatan sambil belajar Tadika Kemas Tanjung Manis B. Seramai 12 orang kanak-kanak termasuk 2 orang guru pengiring dari Tadika Kemas Tanjung Manis B turut serta dalam program ini. PI Jerijeh mengambil peluang ini untuk menayangkan tayangan video KDB dan Advokasi untuk memberi infomasi cara menggunakan internet dengan betul. Selain itu memperkenalkan peralatan komputer dan elektronik yang ada di pusat Internet kepada anak-anak tabika kemas. Kanak-kanak seharusnya diberi pendedahan awal mengenai peralatan komputer dan elektronik sebagai pengetahuan mereka untuk masa mendatang.
Pada program ini, tayangan video mengenai Klik Dengan Bijak (Penyalahgunaan Internet) diselitkan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang cara menggunakan kemudahan internet secara berkhemah dan berdisiplin. Sehubungan itu, tayangan video Check Your Label turut dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan cara mengenalpasti keaslian setiap peralatan elektronik yang kita gunakan. Selain itu, pihak PI juga turut memberi peluang kepada mereka untuk mencuba menggunakan alatan komputer serta menayangkan lagu kanak-kanak untuk tontonan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: